PERKEMBANGAN GHAZAL DI TANAH MELAYU

Bilakah Ghazal Wujud di Tanah Melayu?

Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai asal usul ghazal di Tanah Melayu. Pendapat pertama ialah daripada:

i) Dato Abdullah bin Mohamed

Beliau merupakan seorang peminat ghazal sebelum perang dunia ke-II. Beliau mengatakan bahawa ghazal mungkin dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang India pada abad ke-19 dan telah diperkembangkan di kawasan Riau-Lingga oleh orang-orang bangsawan Melayu. Selepas kerajaan Temenggong Abu Bakar berpindah dari Telok Belanga (Singapura) ke Johor Bharu, ghazal turut dibawa bersama. Di Johor Dato Bengara Luar (Mohamed Salleh bin Perang) telah memainkan peranan penting untuk memperkembangkan muzik ghazal dengan lebih meluas bila beliau diarah oleh Sultan Johor supaya membuka bandar-bandar baru seperti Muar, Batu Pahat dan Endau.

Pendapat ke-2 ialah daripada:

ii) Adibah Amim

Beliau mengatakan bahawa perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad ke-20. Beberapa pegawai tentera seperti Colonel Musa, Colonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik dengan muzik ghazal itu telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi itu. Mereka menyanyi melodi ghazal dengan senikata pantun asli. Alat-alat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan. Adibah Amim juga berpendapat bahawa ghazal sangat popular di kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada dekad 1930-an.

Walaupun tarikh dan cara sebenar ketibaan ghazal ke Malaysia tidak dapat ditentukan, namun apa yang dapat dipastikan ilah bahawa ghazal telah dibawa ke Tanah Melayu dari India.

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 GHAZAL SMP2252 |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.