SEJARAH GHAZAL

Perkataan ‘ghazal’ dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ‘bahasa kasih’. Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta. Berdasarkan buku ‘Rangkaian Rubait’ yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib al-Attas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubaiyat yang dinamakan ‘Hajat’. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20 atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.

Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18. Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India (Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain.

Di Johor(Malaysia), Dato’ Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susur ghazal datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi(dimainkan di istana), India(di istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga(istana, tidak diubah), Tanjung Puteri(di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat(dimainkan di rumah penghulu dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah – daerah lain di Johor.

Di Johor, Dato’ Bentara Luar(Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan. Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu. Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anak- anak Melayu Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama ‘Alpa’ iaitu seorang ustaz. Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen. 23
Rentak ghazal pula adalah daripada ‘langam’ iaitu rentak hindustan tetapi disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar, harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan sharinggi ditukar kepada gitar. Lama- kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu, secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh orang Melayu.

Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagu2 Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan lagu- lagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau pula telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal. Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.

1 comments:

afify milo said...

assalammualaikum...saya student form6..sye ade kerja khusus mengenai ghazal ni..buleh tolong saya dalam mencari adat dan pantang larang ghazal??
kalau ade email lha at saya..

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 GHAZAL SMP2252 |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.